Pertandingan kecantikan Catharina_Lodders

Lodders dimahkotakan sebagai Miss Holland pada Mei 1962. Memenangi Miss Holland memberinya peluang untuk menyertai Miss International 1962 di Long Beach, California dan mengikuti kejayaan Stam van Baer. Lodders meraih tempat ke-3 dengan pemenang diraih oleh Tania Verstak dari Australia. Beliau juga dimahkotakan sebagai Miss Benelux, diikuti dengan Miss World di kemudian hari pada tahun tersebut. Beliau menjadi wanita kedua (selepas Corine Rottschäfer pada tahun 1959) dari negaranya yang memenangi gelaran Miss World. Pertandingan iti diadakan di London. Semasa memenangi pertandingan, beliau berkata:

"I don't think I'm the most beautiful girl in the world - I am the most beautiful girl here" (Saya tidak berfikir bahawa saya gadis yang paling cantik di dunia - saya gadis yang paling cantik di sini).[1]

Gelaran ini memberinya hadiah wang tunai 30,000 Gulden ketika itu.